PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

Ops Gerak oleh JAS Kedah bersama Anggota Penguatkuasa Pilos Trafik Cawangan Kota Setar

DOE Kedah 05/09/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Ops Gerak oleh JAS Kedah bersama Anggota Penguatkuasa Pilos Trafik Cawangan Kota Setar
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
05/09/2021
Organisasi
DOE Kedah
Lokasi
Kedah

Penerangan

  01 September 2021 - Kota Setar, Kedah Unit Kenderaan Bermotor JAS Negeri Kedah bersama-sama dengan anggota Penguatkuasaan telah melaksanakan Ops Gerak di sekitar Daerah Kota Setar. Dalam operasi ini, pemeriksaan pelepasan asap hitam dari kenderaan berenjin diesel perdagangan, enjin petrol perdagangan dan enjin petrol motosikal telah dijalankan. Sebanyak 35 ujian visual kenderaan diesel dan 15 ujian meter dilaksanakan terhadap kenderaan yang ditahan, tujuh (7) Notis Arahan uji semula telah dikeluarkan ke atas kenderaan yang tidak mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS)1974. Bagi pemeriksaan kenderaan perdagangan berenjin petrol, sebanyak 10 ujian visual kenderaan petrol telah dijalankan dan tiga (3) Notis Arahan telah dikeluarkan. Seramai enam (6) orang pegawai penguatkuasa daripada JAS Negeri Kedah telah terlibat dalam operasi tersebut.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan