Penerangan
31 Ogos 2021 - Pokok Sena, Kedah
JAS Kedah mengadakan Program pengawasan kenderaan bermotor melalui kaedah OPS Catat/Kamera Video telah dijalankan di kawasan Perindustrian Pokok Sena, Kedah.
Program ini bertujuan untuk memastikan pengawalan pelepasan asap hitam kenderaan berenjin diesel yang dikuatkuasakan di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996 dipatuhi oleh semua pemilik kenderaan.