PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

OPERASI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA (OMPT) DAN MEMANTAU PENCEMARAN DARI INDUSTRI PADA CUTI UMUM SEMPENA HARI MERDEKA-JAS TERENGGANU

DOE Terengganu 31/08/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPERASI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA (OMPT) DAN MEMANTAU PENCEMARAN DARI INDUSTRI PADA CUTI UMUM SEMPENA HARI MERDEKA-JAS TERENGGANU
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
31/08/2021
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

31 Ogos 2021, Kemaman, Terengganu. Sepasukan pegawai penguatkuasa JAS Cawangan Kemaman telah menjalankan operasi mencegah pembakaran terbuka dan memantau pencemaran industri mengikut arahan bertugas yang telah dikeluarkan oleh JAS Negeri Terengganu. Rondaan telah dijalankan di kawasan sekitar Gong Limau, Kg. Besut, Bakau Tinggi, Bukit Kuang, Telok Kalong, Kawasan Perindustrian Telok Kalong, Chukai, Mak Chili dan Desa Solehah. Tiada pembakaran terbuka dikesan dan ditemui semasa  rondaan dijalankan. Pemantauan ke atas penempatan premis industri yang berada dalam Kawasan Perindustrian Teluk Kalong telah dilakukan.  Hasil pemanatauan ini didapati tiada pencemaran habuk dan asap hitam dari cerobong premis dan tiada kes-kes yang mencurigakan ditemui. Walau bagaimanapun pegawai penguatkuasa telah mengesan bau gas di salah sebuah premis yang beroperasi di kawasan perindustrian ini.  Siasatan terperinci akan dilakukan bagi mengambil tindakan yang sewajarnya di bawah peruntukan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Sebarang kegagalan premis dalam mengawal pencemaran udara boleh diambil tindakan dibawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014. JAS Cawangan Kemaman sentiasa memohon orang ramai agar mengemukakan maklumat terperinci kejadian pencemaran dan aktiviti yang mencurigakan di bawah  bidang kuasa Jabatan ini dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 di portal aduan https://eaduan.doe.gov.my atau [email protected] untuk tindakan lanjut pihak JAS.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan