PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

RONDAAN MENJALANKAN OPERASI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA (OMPT) DAN MEMANTAU PENCEMARAN-JAS TERENGGANU

DOE Terengganu 31/08/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
RONDAAN MENJALANKAN OPERASI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA (OMPT) DAN MEMANTAU PENCEMARAN-JAS TERENGGANU
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
31/08/2021
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

31 Ogos 2021, Kuala Terengganu, Terengganu. Hari ini cuti umum sempena sambutan Hari Kebangsaan Ke 64, sepasukan pegawai penguatkuasa terus menjalankan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) dan memantau pencemaran mengikut arahan bertugas oleh JAS Terengganu. Kawasan rondaan adalah di sekitar Kuala Terengganu, Bukit Payung, Wakaf Tapai , Ajil, Kuala Berang, Tengkawang, Kuala Jeneris, Sungai Tong, Sungai Ikan. Operasi mencegah pembakaran terbuka ini melibatkan Tapak Pelupusan Sampah Batu 12 dan Sungai Ikan. Tiada aktiviti pmbakaran terbuka di kesan semasa rondaan dijalankan. Pemantauan ke atas penempatan premis di Kawasan Industri Wakaf Tapai dan Kawasan Industri Ajil juga dilakukan.  Hasil pemantauan ini tiada kes-kes yang mencurigakan ditemui dan tiada kejadian abnormaliti di kesan. JAS Terengganu sentiasa memohon kerjasama dari orang awam agar mengemukakan maklumat terperinci kejadian pencemaran dan aktiviti yang mencurigakan di bawah  bidang kuasa JAS dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 di portal aduan https://eaduan.doe.gov.my atau [email protected] untuk tindakan lanjut pihak JAS.  

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan