PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

SEPASUKAN PEGAWAI PENGUATKUASA JAS TERENGGANU TERUS BERSIAP SEDIA MENJALANKAN RONDAAN OMPT DAN MENCEGAH  PENCEMARAN-JAS TERENGGANU

DOE Terengganu 31/08/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SEPASUKAN PEGAWAI PENGUATKUASA JAS TERENGGANU TERUS BERSIAP SEDIA MENJALANKAN RONDAAN OMPT DAN MENCEGAH  PENCEMARAN-JAS TERENGGANU
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
31/08/2021
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

28 Ogos 2021, Kuala Terengganu, Terengganu. Sepasukan pegawai penguatkuasa terus menjalankan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) dan memantau pencemaran mengikut arahan bertugas oleh JAS Terengganu. Rondaan dan pemantauan telah difokuskan di daerah Kuala Terengganu, iaitu di kawasan Chendering,  Kuala Ibai, Kampung Laut, Wakaf Mempelam, Ladang, Jalan Pusara, Durian Burung, Losong, Atas Tol dan sekitar bandar Kuala Terengganu. Rondaan ini melibatkan penempatan kawasan industri dan perumahan di kampung-kampung serta taman-taman perumahan. Hasil rondaan dan pemantauan ini, tiada aktiviti pembakaran terbuka dikesan dan tiada kes-kes yang mencurigakan ditemui. JAS Terengganu sentiasa mengingatkan kepada orang awam agar peka dengan kesalahan melakukan aktiviti pembakaran terbuka. Sesiapa yang melakukan aktiviti ini boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 29A (1). Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dengan Kompaun maksimum RM2,000.00 bagi setiap kesalahan. Tindakan mahkamah juga boleh dikenakan dengan hukuman denda maksimum berjumlah RM 500,000.00 atau 5 tahun penjara atau kedua-duanya sekali. JAS Terengganu juga menyeru orang ramai agar mengemukakan maklumat terperinci kejadian pencemaran dan aktiviti yang mencurigakan di bawah  bidang kuasa JAS dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 di portal aduan https://eaduan.doe.gov.my atau [email protected] untuk tindakan lanjut pihak JAS.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan