27 Ogos 2021, Kuala Terengganu, Terengganu. Sepasukan pegawai penguatkuasa terus menjalankan Operasi Meronda Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) dan memantau pencemaran mengikut arahan bertugas oleh JAS Terengganu.
Kawasan rondaan telah dijalankan di Kawasan Perindustrian Gong Badak, Lembah Bidong, Batu Rakit, Merang, Saujana, Beting Lintang, Besut, Tembila, Kawasan Perindustrian Gong Medang, Kuala Besut, Kg. Lampu, Kg. Pengkalan Nangka dan Besut. Tiada aktiviti pembakaran terbuka dikesan dan tiada kes-kes yang mencurigakan ditemui di sepanjang laluan rondaan ini.
Siasatan ke atas aduan pencemaran debu dari aktiviti kerja-kerja kimpalan di Kg. Jati, Gong Badak. Aktiviti yang dijalankan di kawasan perumahan ini berpotensi menimbulkan pencemaran habuk/debu sekaligus mengganggu kejiranan. Walau bagaimanapun, semasa siasatan, pemiliknya tidak melakukan kerja-kerja kimpalan dan tiada kesan debu di kawasan tempat pemilik membuat kerja. Tindakan susulan akan diambil dengan merujuk kepada Pihak Majlis Daerah Kuala Nerus untuk tindakan selanjut.
JAS Terengganu sentiasa memohon kerjasama semua lapisan masyarakat agar peka dengan kesalahan melakukan pembakaran terbuka ini. Sesiapa yang melakukan aktiviti ini boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 29A Atau 29 B. Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dengan Kompaun Maksimum RM2,000.00 bagi setiap kesalahan. Tindakan Mahkamah juga boleh dikenakan dengan hukuman denda maksimum berjumlah RM 500.00.00 Atau Penjara 5 Tahun.
JAS Terengganu juga menyeru orang ramai agar mengemukakan maklumat terperinci kejadian pencemaran dan aktiviti yang mencurigakan di bawah bidang kuasa JAS dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 di portal aduan https://eaduan.doe.gov.my atau
[email protected] untuk tindakan lanjut pihak JAS.