PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

RONDAAN DAN PEMANTAUAN PENCEMARAN  OLEH JAS TERENGGANU-JAS TERENGGANU

DOE Terengganu 31/08/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
RONDAAN DAN PEMANTAUAN PENCEMARAN  OLEH JAS TERENGGANU-JAS TERENGGANU
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
31/08/2021
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

26 Ogos 2021, Kuala Terengganu, Terengganu. Hari ini, pegawai penguatkuasa terus menjalankan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) dan memantau pencemaran mengikut arahan yang telah ditetapkan oleh JAS Terengganu Rondaan OMPT dan memantau pencemaran dari punca-punca yang tertakluk di bawah bidang kuasa JAS dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. telah dilakukan di tiga (3) daerah iaitu Kuala Terengganu, Marang dan Dungun. Ianya melibatkan kawasan di sekitar Kuala Terengganu, Marang, Rhu Batil, Teluk Lipat dan Tok Kah.Tiada aktiviti pembakaran terbuka dikesan dalam operasi ini. Siasatan aduan pembakaran terbuka di Kg. Teluk Lipat, daerah Dungun didapati berasas dengan penemuan kesan pembakaran daun kayu bersaiz kecil di kawasan penempatan tersebut.  Banner larangan pembakaran terbuka telah dipasang di lokasi yang diadu dan risalah juga turut diedarkan kepada mereka yang terlibat. JAS Terengganu sentiasa memohon kerjasama semua lapisan masyarakat agar peka dengan kesalahan melakukan pembakaran terbuka ini.  Sesiapa yang melakukan aktiviti ini boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 29A(2), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dengan kompaun maksimum RM2,000.00 bagi setiap kesalahan.  Tindakan Mahkamah juga boleh dikenakan dengan hukuman denda maksimum berjumlah RM 500.00.00 atau 5 tahun penjara atau kedua-duanya. JAS Terengganu juga menyeru orang ramai agar mengemukakan maklumat terperinci kejadian pencemaran dan aktiviti yang mencurigakan di bawah  bidang kuasa JAS dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 di portal aduan https://eaduan.doe.gov.my atau [email protected] untuk tindakan lanjut pihak JAS.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan