25 Ogos 2021, Kuala Terengganu, Terengganu. Hari ini, pegawai penguatkuasa terus menjalankan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) dan memantau pencemaran mengikut arahan yang telah ditetapkan oleh JAS Terengganu
Kawasan rondaan telah dijalankan di sekitar Kuala Terengganu, Kedai Buloh, Bukit Payung, Rawai, Pantai Ali, Tapu, Tanjung Aur, Tanggol, Butut, Kuala Berang, Gaung, Kuala Pueh, Tajin, Mesoh, Imam Lapor dan Telemong.Tiada aktiviti pembakaran terbuka dikesan di sepanjang laluan rondaan ini.
Siasatan aduan pembakaran terbuka di Kampung Kedai Buloh, daerah Kuala Terengganu dan di Kg Rawai, Bukit Payung, daerah Marang didapati berasas. Ini berdasarkan penemuan kesan pembakaran terbuka di kedua-dua lokasi tersebut. Banner larangan pembakaran terbuka telah dipasang dan risalah turut diberikan kepada mereka-mereka yang terlibat di kedua-dua lokasi berkenaan sebagai peringatan agar perkara ini tidak berulang.
JAS Terengganu sentiasa memohon kerjasama semua lapisan masyarakat agar peka dengan kesalahan melakukan pembakaran terbuka ini. Sesiapa yang melakukan aktiviti ini boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 29A Atau 29 B. Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dengan Kompaun Maksimum RM2,000.00 bagi setiap kesalahan. Tindakan Mahkamah juga boleh dikenakan dengan hukuman denda maksimum berjumlah RM 500.00.00 Atau Penjara 5 Tahun.
JAS Terengganu juga menyeru orang ramai agar mengemukakan maklumat terperinci kejadian pencemaran dan aktiviti yang mencurigakan di bawah bidang kuasa JAS dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 di portal aduan https://eaduan.doe.gov.my atau
[email protected] untuk tindakan lanjut pihak JAS.