24 Ogos 2021, Kuala Terengganu, Terengganu. Hari ini, pegawai penguatkuasa terus menjalankan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) dan memantau pencemaran mengikut arahan yang telah ditetapkan oleh JAS Terengganu
Rondaan ini telah dijalankan di sekitar daerah Kuala Nerus dan Setiu yang melibatkan Mukim Batu Rakit, Lembah Bidong dan Jelapang. Tiada aktiviti pembakaran terbuka dikesan di sepanjang rondaan ini.
Pemantauan pencemaran ini juga turut menggunakan peralatan drone di kawasan tapak pembersihan hutan pokok gelam bertanah gambut di Kg Mengambang Bakong. Kawasan ini sedang dibersihkan bagi tujuan membuat padang ragut oleh Jabatan Vetirinar. Hasil tinjauan ini mendapati tiada pembakaran terbuka dikesan.
JAS Terengganu juga menyeru orang ramai agar mengemukakan maklumat terperinci kejadian pencemaran dan aktiviti yang mencurigakan di bawah bidang kuasa JAS dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 di portal aduan https://eaduan.doe.gov.my atau
[email protected] untuk tindakan lanjut pihak JAS.