Penerangan
23 Ogos 2021, JOHOR BAHRU- Sebuah kilang berasaskan makanan yang terletak di Kawasan Perindustrian SiLC, Gelang Patah, Johor telah dikenakan tindakan penahanan operasi kelengkapan di bawah Seksyen 38(1)(a) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 kerana gagal memastikan sistem pengolahan efluen perindustrian berfungsi dengan baik dan melepaskan efluen berasid serta berbau busuk ke dalam longkang awam. Ini adalah hasil tinjauan dan pemantauan yang dijalankan oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor bagi memastikan pematuhan yang konsisten oleh premis- premis industri di samping memastikan bahawa tiada sebarang pencemaran berlaku sehingga boleh menjejaskan persekitaran.