Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PENGUATKUASAAN DAN PEMANTAUAN DI BAWAH AKTA KUALITI ALAM SEKELILING, 1974 (AKTA 127) & AKTA PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT (AKTA 342) DI KAWASAN PERINDUSTRIAN TEBRAU II DAN PANDAN
- Tahun
- 2021
- Tarikh Keluaran
- 31/08/2021
- Organisasi
- DOE Johor
- Lokasi
- Johor
Penerangan
30 OGOS 2021, JOHOR BAHRU : Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor (JASNJ) melalui Unit Penguatkuasaan Industri terus menjalankan penguatkuasaan terhadap premis-premis di sekitar Kawasan Perindustrian Tebrau II dan Kawasan Perindustrian Pandan bagi memastikan pematuhan AKTA 127 serta pematuhan AKTA 342.
Hasil pemeriksaan mendapati sebuah premis telah gagal mematuhi Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 dan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009. Sejumlah 7 tawaran kompaun bernilai RM14,000 telah dikeluarkan bagi 5 kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 dan 2 kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009. Tindakan susulan akan dijalankan oleh pihak JAS Johor terhadap premis tersebut.