PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

OPERASI BERSEPADU ANTARA JAS, SPAN DAN IWK BERHUBUNG ISU PELEPASAN SISA RAWATAN INDUSTRI DAN BAHAN KIMIA DARIPADA KAWASAN PERINDUSTRIAN KE SISTEM PEMBETUNGAN AWAM

DOE Johor 31/08/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPERASI BERSEPADU ANTARA JAS, SPAN DAN IWK BERHUBUNG ISU PELEPASAN SISA RAWATAN INDUSTRI DAN BAHAN KIMIA DARIPADA KAWASAN PERINDUSTRIAN KE SISTEM PEMBETUNGAN AWAM
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
31/08/2021
Organisasi
DOE Johor
Lokasi
Johor

Penerangan

26 Ogos 2021, MASAI: Susulan aduan yang diterima mengenai pembuangan sisa industri dan bahan kimia yang telah menyebabkan gangguan operasi di Loji Rawatan Kumbahan Taman Perindusrian Sri Plentong, JAS Johor telah menjalankan pemeriksaan ke atas sebuah premis yang berasaskan logam di Kawasan Perindustrian Sri Plentong. Hasil penguatkuasaan mendapati tiada penghasilan sisa industri atau pelepasan efluen secara langsung daripada premis ke dalam system pembentungan awam. Namun, hasil pemeriksaan di lapangan mendapati premis gagal mematuhi Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005. Hasil siasatan juga mendapati premis menjalankan operasi pemerolehan kembali buangan terjadual tanpa lesen dan kelulusan EIA. Sebanyak 6 tawaran kompaun bernilai RM12,000 telah dikeluarkan serta merta terhadap premis bagi kesalahan di bawah PPKAS(BT)2005. Siasatan lanjut dan tindakan susulan akan dijalankan oleh pihak JAS Johor terhadap isu yang berkenaan.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan