23 Ogos 2021, Kuala Terengganu, Terengganu. Hari ini, pegawai penguatkuasa terus menjalankan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) dan siasatan aduan mengikut arahan yang telah ditetapkan oleh JAS Terengganu
Kawasan OMPT ini telah dijalankan di sekitar daerah Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Setiu. Ianya melibatkan mukim Batu Rakit, Lembah Bidong, Jelapang, Sungai Tong dan Manir. Tiada pembakaran terbuka di kesan di sepanjang operasi ini.
Pemeriksaan ke atas dua unit infrastruktur tanah gambut dalam kawasan ladang milik Terengganu Development Management (TDM) turut dijalankan. Hasil pemeriksaan didapati ianya telah rosak dan kerja-kerja membaik pulih masih belum dimulakan. JAS Terengganu akan merujuk perkara ini dengan pihak ladang berkenaan untuk tindakan selanjutnya.
Pemeriksaan di kawasan pembaikian dan penyelenggaraan bot-bot di Jeti Laguna yang berada di Kg. Teluk Pasu, daerah Kuala Nerus juga telah dilakukan. Hasil pemeriksaan ini mendapati tiada sebarang tumpahan minyak dikesan.
Pasukan penguatkuasa JAS Terengganu sentiasa bersiap siaga dalam menghadapi kes-kes pencemaran dan aduan yang tidak dijangka. Kesiap siagaan ini selaras dengan visi, misi yang telah termaktub di bawah bidang kuasa Jabatan dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
JAS Terengganu juga menyeru orang ramai agar mengemukakan maklumat terperinci kejadian pencemaran dan aktiviti yang mencurigakan di bawah bidang kuasa JAS dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 di portal aduan https://eaduan.doe.gov.my atau
[email protected] untuk tindakan lanjut pihak JAS.