PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

RONDAAN DAN MEMANTAU PENCEMARAN DAN SIASATAN LAPORAN TITIK PANAS (HOT SPOT) OLEH JAS TERENGGANU-JAS TERENGGANU

DOE Terengganu 31/08/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
RONDAAN DAN MEMANTAU PENCEMARAN DAN SIASATAN LAPORAN TITIK PANAS (HOT SPOT) OLEH JAS TERENGGANU-JAS TERENGGANU
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
31/08/2021
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

22 Ogos 2021, Kuala Terengganu, Terengganu. Hari ini, pegawai penguatkuasa terus  menjalankan  penguatkuasaan mengikut bidang kuasa dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Penguatkuasaan ini telah di jalankan ke atas premis-premis industri, kawasan penempatan kampung-kampung dan taman-taman perumahan di kawasan sekitar Kuala Terengganu, Batu Rakit, Lembah Bidong, Saujana, Kg Bintang, Bandar Permaisuri, Sg Tong. Hasil penguatkuasaan ini tiada pembakaran terbuka di kesan di sepanjang laluan rondaan yang melibatkan daerah Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Setiu ini. Di samping itu juga siasatan ke atas laporan hotspot di Kampung Penarik turut dilakukan dan ianya adalah berasas dengan penemuan kesan pembakaran terbuka. Pemeriksaan ke atas infrastruktur tanah gambut iaitu  Check Dam juga turun dijalankan di daerah Setiu, Hasil pemeriksaan ini mendapati pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sedang melaksanakan kerja-kerja penyelenggaran bagi memastikan infrastruktur ini berfungsi dan berkeadaan baik. JAS Terengganu menyeru orang ramai agar mengemukakan maklumat terperinci kejadian pencemaran dan aktiviti yang mencurigakan di bawah  bidang kuasa JAS dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 di portal aduan https://eaduan.doe.gov.my atau [email protected] untuk tindakan lanjut pihak JAS.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan