21 Ogos 2021, Kuala Terengganu, Terengganu. Hari ini, cuti hujung minggu di negeri Terengganu. Pegawai terus menjalankan OMPT dan mencegah pencemaran mengikut arahan bertugas yang telah ditetapkan oleh JAS Negeri Terengganu.
Rondaan mencegah pembakaran terbuka dan pencemaran ini telah dilakukan di Gong Badak, Batu Rakit, Rhu 10, Penarik, Gong Medan, Paya Rawa, Sungai Tong dan Tepoh.
Hasil rondaan yang melibatkan laluan tersebut, tiada aktiviti pembakaran terbuka dikesan. Tiada kes-kes yang mencurigakan ditemui di kawasan penempatan premis industri.
Walau bagaimanapun beberapa longgokan sisa-sisa pokok, hasil daripada kerja-kerja pembersihan kawasan yang berpotensi pembakaran terbuka dilakukan oleh sesiapa sahaja telah dijumpai. Sebagai usaha pencegahan, banner larangan pembakaran terbuka telah dipasang di lokasi kejadian.
Pemeriksaan ke atas infrastruktur tanah gambut iaitu check dam di kawasan Baroh Keranji juga dilakukan. Hasil pemeriksaan ini mendapati ianya berkeadaan baik dan berfungsi.
JAS Terengganu menyeru orang ramai agar mengemukakan maklumat terperinci kejadian pencemaran dan aktiviti yang mencurigakan di bawah bidang kuasa JAS dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 di portal aduan https://eaduan.doe.gov.my atau
[email protected] untuk tindakan lanjut pihak JAS.