20 Ogos 2021, Kuala Terengganu, Terengganu. Hari ini, pegawai penguatkuasa JAS Terengganu telah menjalankan rondaan bagi mencegah pencemaran dari premis industri dan pelepasan asap hitam dari kenderaan bermotor mengikut arahan bertugas yang telah ditetapkan oleh JAS Negeri Terengganu.
Rondaan ini dilakukan di sepanjang jajaran jalan raya utama dan jalan-jalan kampung di daerah Kuala Terengganu, daerah Marang dan daerah Dungun.
Kawasan-kawasan terlibat adalah Chendering-Pantai Chendering, Tapak Pelupusan Sampah, Kg. Teratak Batu, Kg.Batu Penunggu, Kg. Lubuk Batu, Kg. Jerong, Kg. Temiang, Kg. Gong Beris, Kg. Merchang, Kg.Rantau Abang, Tapak Pelupusan Sampah Bukit Lat Dungun, Kg. Kelulut dan Kuala Terengganu.
Hasil rondaan dan pemantauan ini, tiada pembakaran terbuka ditemui dan tiada pelepasan asap hitam dari kenderaan bermotor dikesan.
JAS Terengganu sentiasa memohon orang ramai agar mengemukakan maklumat terperinci kejadian pencemaran dan aktiviti yang mencurigakan di bawah bidang kuasa Jabatan ini dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 di portai aduan https://eaduan.doe.gov.my atau
[email protected] untuk tindakan lanjut pihak JAS.