PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

RONDAAN MENCEGAH PENCEMARAN DAN SIASATAN SEGERA ADUAN PEMBAKARAN TERBUKA-JAS TERENGGANU

DOE Terengganu 31/08/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
RONDAAN MENCEGAH PENCEMARAN DAN SIASATAN SEGERA ADUAN PEMBAKARAN TERBUKA-JAS TERENGGANU
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
31/08/2021
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

16 Ogos 2021, Kuala Terengganu, Terengganu. Hari ini, pegawai penguatkuasa JAS Terengganu telah menjalankan  rondaan bagi mencegah pencemaran  mengikut arahan bertugas yang telah ditetapkan oleh JAS Negeri Terengganu. Di samping itu juga siasatan aduan pembakaran terbuka yang diterima dari orang awam telah diberi keutamaan bagi memastikan aduan pencemaran dari aktiviti di bawah bidang kuasa dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dapat diambil tindakan segera. Rondaan ini dilakukan di sekitar Kuala Terengganu, Batu Rakit, Lembah Bidong, Telaga Papan dan Jelapang. Hasil rondaan dan pemantauan ini didapati tiada pembakaran terbuka dikesan dan tiada aktiviti yang mencurigakan ditemui. Siasatan ke atas aduan pembakaran terbuka di Kg.Tualang, didapati berasas dengan  kesan pembakaran ke atas semak-samun hasil pembersihan kawasan telah dijumpai. Banner larangan pembakaran terbuka telah dipasang untuk  memberi amaran  kepada individu terlibat tentang kesalahan dan hukuman yang boleh, dikenakan sekiranya aktiviti ini diteruskan.  

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan