PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

RONDAAN OMPT, SIASATAN ADUAN DAN PEMANTAUAN PELEPASAN ASAP KENDERAAN DIESEL OLEH  JAS TERENGGANU-JAS TERENGGANU

DOE Terengganu 31/08/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
RONDAAN OMPT, SIASATAN ADUAN DAN PEMANTAUAN PELEPASAN ASAP KENDERAAN DIESEL OLEH  JAS TERENGGANU-JAS TERENGGANU
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
31/08/2021
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

14 Ogos 2021, Kuala Terengganu, Terengganu. Pegawai penguatkuasa JAS Terengganu terus menjalankan rondaan mencegah pembakaran terbuka, menyiasat aduan pembakaran terbuka dan memantau pencemaran pelepasan asap kenderaan diesel. Komitmen berterusan ndan kesiap siagaan ini diharap dapat mencegah pencemaran dari berlaku. Rondaan dan pemantauan ini, memfokuskan kawasan penempatan industri, kawasan perkampungan dan taman-taman perumahan serta jalan-jalan utama yang terdapat kenderaan berinjin diesel berada di atas jalan raya. Ianya melibatkan kawasan dan jajaran jalan raya di Gong Badak, Sg Tong, Permaisuri, Besut, Saujana dan Lembah Bidong. Hasil rondaan dan pemantauan ini didapati tiada pembakaran terbuka di kesan. Pemantauan tapak projek East Coast Rail Link (ECRL) di Kg Air Sejuk, daerah Setiu dan pemantauan di dua (2) tapak pelupusan sampah di Kg. Sungai Ikan, Kuala Terengganu dan di Kg. Air Sejuk, juga didapati  tiada kes-kes yang mencurigakan berlaku. Siasatan aduan pembakaran terbuka di daerah Kuala Terengganu adalah berasas dengan penemuan kejadian pembakaran terbuka ke atas sisa-sisa pembinaaan.  Siasatan lengkap akan dilakukan sebelum tindakan selanjutnya diambil.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan