Penerangan
13 Ogos 2021, Kuala Terengganu, Terengganu. Pegawai penguatkuasa JAS Terengganu terus menjalankan rondaan OMPT dan menjalankan siasatan segera ke atas aduan orang awam.
Kawasan rondaan telah melibatkan tiga daerah iaitu daerah Kuala Terengganu, Setiu dan Besut iaitu di sekitar Kuala Terengganu, Pasir Panjang, Lembah Bidong, Saujana, Tembila dan Besut .
Rondaan ini melibatkan kawasan penempatan industri, tapak pelupusan sampah, kawasan perkampungan dan taman-taman perumahan. Tiada pembakaran terbuka dikesan dan tiada kes-kes yang mencurigakan dan abnormal ditemui.
Walau bagaimanapun, beberapa lokasi telah ditemui longgokan semak hasil dari pembersihan kawasan, Banner larangan pembakaran terbuka telah dipasang bagi mencegah aktiviti ini diteruskan.
Pemeriksaan ke atas infrastruktur tanah gambut iaitu check dam juga dilakukan. Hasil pemeriksaan ini didapati kesemuanya berkeadaan baik dan berfungsi. Pemeriksaan di kawasan lokasi telaga tiub didapati dalam proses menaiktaraf struktur tersebut oleh pihak JMG Terengganu.
JAS Terengganu sentiasa bersedia menjalankan tugas mencegah pencemaran mengikut bidang kuasa dan undang-undang yang telah ditetapkan.