Penerangan
10 Ogos 2021, Kuala Terengganu, Terengganu. Hari ini pegawai penguatkuasa JAS Terengganu telah menjalankan rondaan dan memantau pencemaran yang tertakluk di bawah bidang kuasa dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Rondaan dan pemantauan ini telah dilakukan di daerah Marang, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Setiu.
Rondaan dan pemantauan yang melibatkan lima (5) daerah ini dilakukan di kawasan penempatan premis industri, kampung-kampung, taman-taman perumahan, kawasan pertanian, penanaman padi dan perladangan serta kawasan tanah gambut yang sering berlaku kebakaran.
Hasil rondaan dan pemantauan pencemaran ini didapati tiada pembakaran terbuka ditemui dan tiada kes-kes yang mencurigakan dan abnormal yang dikesan.
JAS sentiasa optimis, bahawa komitmen dan sokongan berterusan semua pihak dalam menjaga alam sekitar ini akan mewujudkan masyarakat yang bertanggungjawab.