Penerangan
9 Ogos 2021, Kuala Terengganu, Terengganu. Hari ini pegawai penguatkuasa JAS Terengganu telah menjalankan siasatan ke atas aduan pembakaran terbuka dan laporan hotspot.
Siasatan di lokasi hotspot di Kg. Tembila, Besut, telah menemui kesan pembakaran terbuka yang telah padam sepenuhnya. Banner larangan pembakaran terbuka telah dipasang di lokasi tersebut sebagai usaha mencegah agar aktiviti ini tidak diteruskan oleh pihak yang terbabit.
Siasatan ke atas aduan pembakaran terbuka di Kg. Padang berhampiran Klinik Kesihatan Padang Luas, didapati berasas dengan penemuan kesan pembakaran terbuka ke atas sisa-sisa ranting kayu di kawasan yang diadu. Risalah larangan pembakaran terbuka telah diedarkan kepada individu yang terlibat supaya aktiviti ini terus dihentikan.
JAS Terengganu sentiasa mengingatkan orang awam agar tidak melakukan pembakaran terbuka sewenang-wenangnya. Aktiviti ini merupakan satu kesalahan yang telah termaktub di bawah bidang kuasa JAS dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Ianya juga boleh menimbulkan masalah pencemaran asap dan menganggu kehidupan orang awam.