PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

JAS TERENGGANU TERUS KOMITED BERTUGAS PADA HARI KEDUA CUTI HUJUNG MINGGU-JAS TERENGGANU

DOE Terengganu 31/08/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
JAS TERENGGANU TERUS KOMITED BERTUGAS PADA HARI KEDUA CUTI HUJUNG MINGGU-JAS TERENGGANU
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
31/08/2021
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

7 Ogos 2021, Kuala Terengganu, Terengganu. Hari ini pegawai penguatkuasa JAS Terengganu terus komited meronda dan memantau pencemaran mengikut arahan bertugas yang ditetapkan oleh JAS Terengganu. Rondaan dan pemantauan ini telah dilakukan di daerah Kuala Terengganu iaitu di kawasan Chendering, Kuala Ibai, Kampung Laut, Wakaf Mempelam, Ladang, Jalan Pusara, Durian Burung, Losong dan  Atas Tol. Di samping itu, rondaan dan pemantauan juga telah dijalankan di daerah Marang iaitu di kawasan Rhu Renggeh, Rusila, Rhu Dua, Rhu Rendang, Bukit Kor,  Kg Paya, Seberang Marang, Kelulut, Batangan dan Jerung Hasil rondaan dan pemantauan yang melibatkan premis industri, kawasan pantai, kawasan kampung dan taman-taman perumahan di kedua-dua daerah ini didapati tiada pembakaran terbuka ditemui dan tiada kes-kes yang mencurigakan dikesan Komitmen menjalankan tugas tanpa mengira masa ini diharap dapat memberi kesedaran kepada rakyat negeri ini betapa JAS sentiasa memberi keutamaan dalam menjaga kesejahteraan alam sekitar demi rakyat dan negara tercinta.  

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan