Penerangan
30 Ogos 2021- Kuala Terengganu, Terengganu. Dalam Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara di Negeri Terengganu yang telah berkuatkuasa sejak 5 Julai 2021, Jabatan Alam Sekitar mengambil inisiatif dalam melaksanakan kempen pengumpulan E-Waste secara Norma Baharu dengan menggunakan pendekatan secara “letak dan tinggal “drop of” bagi memastikan kempen ini dilaksanakan mengikut SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara.
Kempen ini dilaksanakan selama 2 hari bermula semalam dan berakhir hari ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada segenap lapisan masyarakat di Negeri Terengganu ini.
Ini menunjukkan masyarakat telah sedar akan kepentingan pengurusan e-waste mengikut Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 yang telah diperuntukkan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 demi memastikan kehidupan kita semua terus sejahtera dan selamat.
Kempen yang telah berakhir pada 30 Ogos 2021 turut mendapat sokongan Yang Berhormat Mulia Dato' Tengku Hassan Tengku Omar, Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran yang hadir ke pejabat JAS pada 29 Ogos 2021, Jabatan Perbendaharaan Negeri Terengganu, orang awam dan seluruh kakitangan Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu.
Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu amat menghargai kerjasama dan sokongan semua pihak yang telah menyambut baik kempen ini.
“E-waste Dikitar, Bumi Terpelihara”
“ALAM SEKITAR TANGGUNGJAWAB KITA BERSAMA”