PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

JAS CAWANGAN KEMAMAN TERUS KOMITED MENJALANKAN OPERASI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA (OMPT) DAN MEMANTAU PENCEMARAN-JAS TERENGGANU

DOE Terengganu 31/08/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
JAS CAWANGAN KEMAMAN TERUS KOMITED MENJALANKAN OPERASI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA (OMPT) DAN MEMANTAU PENCEMARAN-JAS TERENGGANU
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
31/08/2021
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

29 Ogos 2021, Kemaman, Terengganu. Sepasukan pegawai penguatkuasa JAS Cawangan Kemaman terus menjalankan rondaan OMPT dan memantau pencemaran mengikut arahan bertugas yang telah dikeluarkan oleh JAS Negeri Terengganu. Kawasan rondaan hari ini dilakukan di Bukit Mentok, Binjai,Pasir Minal, Mak Chili, Desa Solehah, Chukai dan Bakau Tinggi. Tiada pembakaran terbuka dikesan sepanjang laluan rondaan dijalankan. Walau bagaimanapun pasukan penguatkuasa telah menemui longgokan sisa belukar di atas sebidang tanah yang telah dibersihkan di kawasan Bakau Tinggi. Banner larangan pembakaran terbuka telah dipasang di lokasi berkenaan. Banner larangan pembakaran terbuka ini memaklumkan tindakan yang boleh dikenakan kepada  sesiapa sahaja di bawah Seksyen 29A(1), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dengan kompaun maksimum RM2,000.00 bagi setiap kesalahan.  Tindakan mahkamah juga boleh dikenakan dengan hukuman denda maksimum berjumlah RM 500,000.00 atau 5 tahun penjara atau kedua-duanya. JAS Cawangan Kemaman sentiasa memohon orang ramai agar mengemukakan maklumat terperinci kejadian pencemaran dan aktiviti yang mencurigakan di bawah  bidang kuasa Jabatan ini dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 di portal aduan https://eaduan.doe.gov.my atau [email protected] untuk tindakan lanjut pihak JAS.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan