27 Ogos 2021, Kemaman, Terengganu. Sepasukan pegawai penguatkuasa JAS Cawangan Kemaman terus menjalankan operasi meronda mencegah pembakaran terbuka dan memantau pencemaran mengikut arahan bertugas yang telah dikeluarkan oleh JAS Negeri Terengganu pada cuti hujung minggu di negeri ini.
Operasi rondaan dan pemantauan ini telah dijalankan di kawasan sekitar Bandar Chukai, Bukit Kuang, Kawasan Perindustrian Teluk Kalong, Kemaman Supply Base (KSB) , Bakau Tinggi, Jakar, Mak Lagam, Binjai, Paman, Pasir Gajah, Ibok, Mak Lagam dan Mak Chili
Pemeriksaan ke atas premis-premis industri yang berada di kawasan Perindustrian Teluk Kalong dan KSB di dapati semuanya berada dalam status pematuhan yang baik. Di samping itu juga tiada keadaan yang mencurigakan dan abnormality yang ditemui.
Selain itu, operasi mencegah pembakaran terbuka di kawasan penempatan kampung-kampung dan taman-taman perumahan juga dilakukan di sepanjang rondaan tersebut. Hasil operasi ini tiada aktiviti pembakaran terbuka dikesan dan ditemui.
Walau bagaimanapun, pasukan penguatkuasa menjumpai longgokan sisa belukar di atas sebidang tanah yang telah dibersihkan di kawasan Ibok. Banner larangan pembakaran terbuka telah dipasang di lokasi kejadian agar aktiviti ini dihentikan.
Banner yang memaklumkan larangan pembakaran terbuka dan peruntukan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, kepada sesiapa yang melakukan aktiviti ini boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 29A(2), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dengan kompaun maksimum RM2,000.00 bagi setiap kesalahan. Tindakan Mahkamah juga boleh dikenakan dengan hukuman denda maksimum berjumlah RM 500.00.00 atau 5 tahun penjara atau kedua-duanya.
JAS Cawangan Kemaman sentiasa memohon orang ramai agar mengemukakan maklumat terperinci kejadian pencemaran dan aktiviti yang mencurigakan di bawah bidang kuasa Jabatan ini dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 di portal aduan https://eaduan.doe.gov.my atau
[email protected] untuk tindakan lanjut pihak JAS.