25 Ogos 2021, Kemaman, Terengganu. Hari ini, pegawai penguatkuasa JAS Cawangan Kemaman terus menjalankan tugas mengikut bidang kuasa dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Tugas ini dilaksanakan secara konsisten demi memastikan alam sekitar sentiasa sejahtera dan selamat.
Kerja-kerja penguatkuasaan ini telah dijalankan di kawasan sekitar Bandar Chukai, Kg.Besut,Bakau Tinggi, Bukit Kuang, Kawasan Perindustrian Teluk Kalong dan Kemaman Supply Base (KSB).
Pemeriksaan ke atas premis-premis industri yang berada di kawasan Perindustrian Teluk Kalong dan KSB di dapati semuanya berada dalam status pematuhan yang baik. Di samping itu juga tiada keadaan yang mencurigakan ditemui.
Selain itu, operasi mencegah pembakaran terbuka di kawasan penempatan kampung-kampung dan taman-taman perumahan juga dilakukan di sepanjang rondaan tersebut. Hasil operasi ini tiada aktiviti pembakaran terbuka dikesan dan ditemui.
JAS Cawangan Kemaman sentiasa memohon orang ramai agar mengemukakan maklumat terperinci kejadian pencemaran dan aktiviti yang mencurigakan di bawah bidang kuasa Jabatan ini dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 di portal aduan https://eaduan.doe.gov.my atau
[email protected] untuk tindakan lanjut pihak JAS.