PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

TUGAS TERUS DILAKSANAKAN TANPA MENGIRA CUTI HUJUNG MINGGU DEMI MEMASTIKAN KESEJAHTERAAN RAKYAT DAN ALAM SEKITAR DIUTAMAKAN  -JAS TERENGGANU

DOE Terengganu 31/08/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
TUGAS TERUS DILAKSANAKAN TANPA MENGIRA CUTI HUJUNG MINGGU DEMI MEMASTIKAN KESEJAHTERAAN RAKYAT DAN ALAM SEKITAR DIUTAMAKAN  -JAS TERENGGANU
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
31/08/2021
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

21 Ogos 2021, Kemaman, Terengganu. Hari ini, Sabtu, cuti hari kedua hujung minggu di negeri Terengganu. Pegawai penguatkuasa terus komited menjalankan  rondaan dan memantau pencemaran mengikut arahan yang telah ditetapkan oleh JAS Negeri Terengganu. Rondaan dan memantau pencemaran dilakukan di Kg. Besut,  Kawasan Perindustrian Teluk Kalong, Kijal, Kemasik , Kerteh dan  Kawasan Perindustrian Kerteh. Laluan rondaan dan pemantauan ini melibatkan kawasan premis industri, penempatan kampung-kampung dan taman-taman perumahan. Tiada pembakaran terbuka ditemui di sepanjang rondaan ini dijalankan. Rondaan dan pemantauan pencemaran yang melibatkan premis industri di kawasan perindustriuan Kerteh dan Telok Kalong didapati tiada pelepasan asap hitam dan habuk serta kes-kes yang mencurigakan ditemui. JAS Cawangan Kemaman sentiasa memohon orang ramai agar mengemukakan maklumat terperinci kejadian pencemaran dan aktiviti yang mencurigakan di bawah  bidang kuasa Jabatan ini dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 di portal aduan https://eaduan.doe.gov.my atau [email protected] untuk tindakan lanjut pihak JAS.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan