PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

KESIAP SIAGAAN JAS CAWANGAN  KEMAMAN MERONDA DAN MEMANTAU PENCEMARAN SERTA MENYIASAT LAPORAN TITIK PANAS (HOTSPOT)-JAS TERENGGANU

DOE Terengganu 31/08/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
KESIAP SIAGAAN JAS CAWANGAN  KEMAMAN MERONDA DAN MEMANTAU PENCEMARAN SERTA MENYIASAT LAPORAN TITIK PANAS (HOTSPOT)-JAS TERENGGANU
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
31/08/2021
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

17 Ogos 2021, Kemaman, Terengganu. Hari ini, Jumaat, cuti hujung minggu.  Pegawai penguatkuasa terus komited menjalankan  rondaan dan memantau pencemaran mengikut arahan yang telah ditetapkan oleh JAS Negeri Terengganu. Rondaan dan memantau pencemaran dilakukan di Sekitar kawasan Bandar Chukai, Bukit Kuang, Kawasan Perindustrian Teluk Kalong, Bakau Tinggi, Jakar, Pengkalan Pandan, Mak Chili, Gong Limau dan Kawasan Perindustrian Kerteh. Laluan rondaan dan pemantauan ini melibatkan kawasan premis industri, kawasan penempatan kampung-kampung dan taman-taman perumahan. Tiada pembakaran terbuka ditemui di sepanjang laluan rondaan ini dijalankan. Di samping itu, siasatan laporan titik panas (hotspot) didapati berpunca dari  ‘flaring system’ premis yang beroperasi di Kawasan Perindustrian Kerteh.  Semakan ke atas rekod Jabatan, premis telah menghantar notifikasi awal berhubung masaalah yang berlaku dan potensi dari ketidakstabilan ini menyebabkan sistem ini terganggu. JAS Cawangan Kemaman sentiasa memohon orang ramai agar mengemukakan maklumat terperinci kejadian pencemaran dan aktiviti yang mencurigakan di bawah  bidang kuasa Jabatan ini dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 di portal aduan https://eaduan.doe.gov.my atau [email protected] untuk tindakan lanjut pihak JAS.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan