PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

JAS CAWANGAN KEMAMAN TERUS KOMITED MERONDA DAN MEMANTAU PENCEMARAN-JAS TERENGGANU

DOE Terengganu 31/08/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
JAS CAWANGAN KEMAMAN TERUS KOMITED MERONDA DAN MEMANTAU PENCEMARAN-JAS TERENGGANU
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
31/08/2021
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

14 Ogos 2021, Kemaman, Terengganu. Pegawai penguatkuasa terus komited menjalankan tugas meronda dan memantau pencemaran pada hari kedua cuti hujung minggu di negeri ini. Hari ini rondaan dan pemantauan ini telah difokuskan di kawasan Chukai, Kijal, Kemasik, Kg.Chabang, Semayor, Air Jernih, Ibok, Mak chili, Geliga, Mak Lagam dan Binjai. Rondaan ini meliputi kawasan penempatan premis, tapak pelupusan sampah, perkampungan dan taman-taman perumahan.   Tiada pembakaran terbuka dikesan dan tiada kes-kes yang mencurigakan dan abnormal dikesan. Pemeriksaan ke atas kemudahan infrastruktur tanah gambut iaitu dua (2) unit check dam satu (1) unit telaga tiub turut dilakukan.  Ketiga-tiga infrastruktur ini terletak,  satu (1) di Kg. Chabang, Kerteh dan dua (2) di  Kg. Baru Kemasik didapati berada dalam keadaan baik dan berfungsi. JAS Cawangan Kemaman sentiasa komited menjalankan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan demi memastikan kesejahteraan alam sekitar dapat dinikmati bersama.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan