Penerangan
13 Ogos 2021, Kemaman, Terengganu. Pegawai penguatkuasa terus komited menjalankan tugas meronda dan memantau pencemaran terutama di kawasan yang telah dikenalpasti berisiko iaitu di kawasan penempatan industri.
Kawasan Binjai, Mak Chili, Bukit Mentok, Bukit Kuang, Teluk Kalong, Kijal, Kemasik, Kerteh dan Chukai menjadi fokus utama, kawasan yang dironda . Tiada pembakaran terbuka dikesan dan tiada kes-kes yang mencurigakan ditemui.
Pemeriksaan ke atas kemudahan infrastruktur tanah gambut iaitu check dam, di kawasan yang sering berlaku kebakaran terutama semasa cuaca panas kering turut dijalankan.Hasil pemeriksaan didapati ianya perlu diselanggara bagi meningkatkan kecekapan fungsinya. JAS Terengganu akan memaklumkan perkara ini kepada JPS Terengganu untuk tindakan selanjutnya.
JAS Cawangan Kemaman akan terus menjalankan tugas bagi memastikan kesejahteraan alam sekitar di daerah ini, berada dalam keadaan terkawal.