Penerangan
12 Ogos 2021, Kemaman, Terengganu. Hari ini, Pegawai penguatkuasa terus komited menjalankan rondaan mencegah dan memantau pencemaran yang tertakluk di bawah bidang kuasa Jabatan Alam Sekitar dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Rondaan dan pemantauan ini telah dilakukan di Kawasan Chukai, Mak Chili, Ibok, Seri Bandi, Bukit Anak Dara, Teluk Kalong, Bukit Kuang dan Gong Pauh
Di sepanjang rondaan dan pemantauan ini tiada pembakaran terbuka ditemui dan tiada kes-kes abnormal dan mencurigakan dikesan.
Siasatan ke atas laporan hotspot dengan menggunakan jalan darat dan peralatan drone bagi mengesan dan meninjau lokasi hotspot, didapati tiada sebarang pembakaran terbuka ditemui di lokasi dan di sekitarnya
Siasatan ke atas dua (2) aduan pembakaran terbuka didapati berasas dengan penemuan kesan pembakaran terbuka. Individu terlibat telah diberi peringatan tentang kesalahan yang telah dilakukan dan tindakan undang-undang yang boleh dikenakan. Risalan larangan pembakaran terbuka juga turut diserahkan.
JAS Cawangan Kemaman akan terus menjalankan tugas penguatkuasaan ini dalam usaha mencegah dan membenteras pencemaran alam sekitar di negeri Terengganu khususnya di daerah ini.