Penerangan
23 Ogos 2021, TAIPING - Penguatkuasa JAS Cawangan Taiping telah menjalankan pemeriksaan ke atas alat kawalan pencemaran udara yang baru dipasang di dalam premis industri di Trong.
Turut terlibat di dalam pemeriksaan alat tersebut adalah 3 pelajar praktikal JAS Taiping. Penglibatan mereka secara tidak langsung dapat menambahkan pengetahuan berkaitan kepentingan sistem kawalan pencemaran udara di dalam sesuatu pemprosesan industri.
Pemeriksaan ini dijalankan mengikut SOP yang ditetapkan oleh MKN dan KKM.
#kementerianalamsekitardanair
#jabatanalamsekitar
#jasperak
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jasperak_Ogos21