PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Mesyuarat

MESYUARAT EIATRC BAGI CADANGAN PEMBANGUNAN LADANG SOLAR BERSKALA BESAR DI MUKIM TEJA DAERAH KAMPAR

DOE Perak 31/08/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MESYUARAT EIATRC BAGI CADANGAN PEMBANGUNAN LADANG SOLAR BERSKALA BESAR DI MUKIM TEJA DAERAH KAMPAR
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
31/08/2021
Organisasi
DOE Perak
Lokasi
Perak

Penerangan

  23 Ogos 2021, IPOH – Seksyen EIA JAS Perak telah menjalankan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal (EIATRC) bagi cadangan pembangunan projek ladang solar berskala besar di Mukim Teja Daerah Kampar. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pengarah Jabatan Alam Sekitar Perak, Haji Rosli Bin Zul dan dihadiri oleh beberapa agensi teknikal serta pemaju projek dan perunding alam sekitar secara hibrid. Perunding alam sekitar telah membentangkan laporan EIA yang dicadangkan berkaitan penilaian impak cadangan pembangunan projek tersebut terhadap reseptor sensitif dan cadangan langkah kawalan untuk menangani impak tersebut. Antara agensi teknikal yang hadir termasuklah wakil Pejabat Tanah dan Galian Negeri Perak, Majlis Daerah Kampar, Jabatan Kerja Raya Negeri Perak, Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Perak, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak dan Tenaga Nasional Berhad. Mesyuarat ini dijalankan mengikut SOP yang ditetapkan oleh MKN dan KKM. #kementerianalamsekitardanair #jabatanalamsekitar #jasperak #alamsekitartanggungjawabbersama #jasperak_Ogos21

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan