PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Pengawasan|Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

PENGAWASAN KUALITI AIR SUNGAI DI BAGAN SERAI DAN BUKIT MERAH

DOE Perak 31/08/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PENGAWASAN KUALITI AIR SUNGAI DI BAGAN SERAI DAN BUKIT MERAH
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
31/08/2021
Organisasi
DOE Perak
Lokasi
Perak

Penerangan

  23 Ogos 2021, PARIT BUNTAR - Penguatkuasa JAS Cawangan Taiping dan Seksyen Pengawasan JAS Perak telah bekerjasama menjalankan pemeriksaan dan pengawasan kualiti air sungai di kawasan Bukit Merah, Semanggol hingga ke stesen pemantauan secara automatik Sungai Bogak, Bagan Serai. Pemeriksaan dijalankan bertujuan untuk mencari punca parameter pH rendah seperti yang direkodkan di stesen pengawasan automatik tersebut. Walau bagaimanapun, hasil siasatan mendapati tidak menemui sebarang punca pencemaran yang boleh menyebabkan kejadian tersebut. Pemantauan melalui dron turut dilakukan oleh JAS Taiping. Pemantauan ini dijalankan mengikut SOP yang ditetapkan oleh MKN dan KKM. #kementerianalamsekitardanair #jabatanalamsekitar #jasperak #alamsekitartanggungjawabbersama #jasperak_Ogos21

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan