Penerangan
25 Ogos 2021, IPOH – Seksyen Post EIA pada hari ini telah menjalankan sesi libat urus bersama penggerak projek EIA Menteri Besar Incorporated (MB Inc) secara atas talian. Sesi libat urus dipengerusikan oleh Pengarah JAS Perak, YBrs. Haji Rosli Bin Zul yang membincangkan isu-isu berkaitan pembangunan dan pematuhan terhadap projek-projek yang telah diluluskan dan yang akan dibangunkan.
Pegawai kanan JAS Perak yang terdiri daripada Ketua Penolong Pengarah Kanan (Bahagian Operasi), Encik Abd Aziz Bin Parmin dan Ketua Penolong Pengarah (Bahagian Pembangunan), Encik Muhamad Rizal Bin Ramli telah hadir bersama di dalam sesi libat urus tersebut.
Libat urus ini dijalankan mengikut SOP yang ditetapkan oleh MKN dan KKM.
#kementerianalamsekitardanair
#jabatanalamsekitar
#jasperak
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jasperak_Ogos21