Penerangan
29 Ogos 2021, HILIR PERAK - Penguatkuasa JAS Cawangan Teluk Intan pergiatkan siasatan penguatkuasaan ke atas aduan pembakaran terbuka di sebuah premis barang lusuh di kawasan Hilir Perak pada hari ini.
Siasatan telah menemui kesan pembakaran sampah sarap di dalam premis tersebut. JAS segera mengeluarkan notis larangan pembakaran terbuka terhadap wakil premis yang ditemui.
Orang ramai dan pemilik premis industri dinasihatkan supaya tidak mengamalkan pembakaran terbuka yang merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 29A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan boleh dikenakan kompaun sebanyak RM 2000 bagi setiap longgokan pembakaran dan denda maksima RM 500,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-dua sekali.
Siasatan yang dijalankan adalah mengikut SOP yang ditetapkan oleh MKN dan KKM.
#kementerianalamsekitardanair
#jabatanalamsekitar
#jasperak
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jasperak_Ogos21