PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

PEMANTAUAN BERTERUSAN DI KAWASAN YANG PERNAH BERLAKU PEMBAKARAN TERBUKA

DOE Johor 31/08/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PEMANTAUAN BERTERUSAN DI KAWASAN YANG PERNAH BERLAKU PEMBAKARAN TERBUKA
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
31/08/2021
Organisasi
DOE Johor
Lokasi
Johor

Penerangan

1 Jun 2021, KOTA TINGGI : JAS Cawangan Pengerang telah menjalankan pemantauan dan rondaan di kawasan yang pernah berlaku pembakaran terbuka pada Januari 2021 di Kg. Makam Dagang, Kota Tinggi yang dijadikan tempat pembuangan sisa pukal seperti longgokan sisa pokok, kayu, perabot terpakai dan tanah tanih. Hasil pemeriksaan mendapati tiada berlaku pembakaran terbuka dan tiada lagi sisa pukal baharu dibuang. Kawasan tersebut telah terbiar dan dipenuhi dengan semak samun. Jabatan ini mengucapkan terima kasih kepada SWCorp di atas tindakan yang telah diambil bagi bersama-sama menangani isu ini daripada terus berulang. Jabatan ingin menyeru semua pihak supaya bersama-sama menyumbang kepada pemuliharaan alam sekitar dengan tidak melakukan pembakaran terbuka. Jabatan akan terus menjalankan pemantauan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) ini bagi memastikan pencemaran tidak berleluasa.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan