Penerangan
BAYAN LEPAS -Pasukan rondaan memberi fokus kepada beberapa kawasan yang sering kali diadu berlaku aktiviti pembakaran seperti di kawasan Halaman Kristal Apartment, Lengkok Free School, Georgetown dan Lorong Kekabu 2, Taman Desa Wangsa, Batu Maung. Beberapa kawasan yang sering berlaku pembakaran terbuka diletak tanda amaran di kawasan yang mudah untuk dilihat oleh orang awam. Edaran pamplet dan maklumat larangan pembakaran terbuka telah diberikan kepada penduduk berdekatan.