Penerangan
SEBERANG PERAI TENGAH – Pegawai JAS Negeri Pulau Pinang meneruskan pemantauan di Kawasan Perindustrian Perai, IKS Juru, Taman Perindustrian Penang Science Park, Kawasan Perindustrian Permatang Tinggi, Kawasan Perindustrian Bukit Minyak dan sekitar Bukit Mertajam. Pemantauan dijalankan bertujuan bagi memastikan tiada aktiviti pembakaran terbuka atau pencemaran dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Pemeriksaan Pematuhan Akta 342 ke atas kilang – kilang di dapati mematuhi akta tersebut. Semakan terhadap surat kebenaran daripada MITI, kilang ini mendapat kebenaran untuk beroperasi dan pekerja mendaftar diri dalam sistem My Sejahtera.