Penerangan
1 Jun 2021, KLUANG: Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor Cawangan Kluang menjalankan penguatkuasaan aduan pencemaran dari stor penyimpanan racun yang bersebelahan Sungai Kahang. Pengusaha pertanian peria tersebut dinasihatkan supaya memastikan pengurusan racun distor dan diurus mengikut kehendak yang digariskan oleh Jabatan Pertanian bagi mengelakkan pencemaran terus ke Sungai Kahang yang berhampiran serta memberi impak kepada hidupan aquatik di Sungai Kahang. Pengusaha pertanian tersebut menyatakan keadaan di lokasi ini berlaku kerana tempat penyimpanan stor racun telah dirempuh oleh gajah liar yang memasuki ladang beliau dan mati di ladang tersebut.
Tindakan oleh pengusaha ladang peria adalah dengan memagari kawasan ladang beliau dengan wayar elektrik bagi mengelakkan binatang liar memasuki kawasan ini berulang.
Penguatkuasaan diteruskan dengan rondaan memantau kawasan sekitar bagi memastikan aktiviti pembakaran terbuka tidak berleluasa tanpa kawalan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa Pertama: 1 Jun sehingga 14 Jun 2021 ini. Tindakan tegas akan dikenakan sekiranya mana-mana pihak melanggar peruntukan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling dan peraturan-peraturan di bawahnya.