PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

ARAHAN BERTUGAS PADA CUTI UMUM DILAKSANAKAN DENGAN PENUH TANGGUNGJAWAB DEMI KESEJAHTERAAN ALAM SEKITAR-JAS TERENGGANU

DOE Terengganu 30/08/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
ARAHAN BERTUGAS PADA CUTI UMUM DILAKSANAKAN DENGAN PENUH TANGGUNGJAWAB DEMI KESEJAHTERAAN ALAM SEKITAR-JAS TERENGGANU
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
30/08/2021
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

10 Ogos 2021, Kemaman, Terengganu. Hari ini, cuti umum di negeri Terengganu sempena sambutan Maal Hijrah 1443 H/2021M.  Pegawai penguatkuasa terus komited menjalankan rondaan mencegah pencemaran dari punca-punca yang tertakluk di bawah bidang kuasa Jabatan Alam Sekitar dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Rondaan ini telah dilakukan di Kg. Besut,  Kawasan Perindustrian Teluk Kalong, Ibok, Bandar Seri Bandi, Payoh, Air Jernih, Kemasik, Kerteh, Kawasan Perindustrian Kerteh, Taman Industri Polimer dan Kijal. Kawasan yang dironda adalah penempatan premis-premis industri, kampung-kampung, taman-taman perumahan, kawasan pertanian dan perladangan serta kawasan tanah gambut yang sering berlaku pembakaran terbuka terutama semasa cuaca panas dan kering. Hasil rondaan ini mendapati tiada pembakaran terbuka dikesan, tiada sebarang pelepasan asap hitam dari cerobong dan “flaring system” premis industri dan tiada pencemaran habuk dari premis yang menjalankan aktiviti “blasting”. Kes-kes yang mencurigakan dan abnormal juga tidak dikesan. Tugas menjaga alam sekitar yang diamanahkan kepada JAS ini akan terus dilaksanakan demi memelihara kesejahteraan semua lapisan masyarakat.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan