Penerangan
8 Ogos 2021, Kemaman, Terengganu. Hari ini, Pegawai penguatkuasa telah menjalankan penguatkuasaan ke atas premis industri yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127) dan pematuhan SOP di bawah Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
Penguatkuasaan dan pemeriksaan pematuhan SOP ini telah dilakukan di kawasan penempatan premis-premis industri di Kg. Besut, Kawasan Perindustrian Teluk Kalong, Kg. Bukit Kuang dan Kg. Gong Limau.
Siasatan dan pemeriksaan ke atas premis industri yang gagal mematuhi akta-akta tersebut akan disusuli dengan tindakan penguatkuasaan di bawah peruntukan akta tersebut.
Di samping itu juga, rondaan mencegah pembakaran terbuka turut dilakukan di sepanjang jalan raya yang menghubungkan kawasan-kawasan tersebut. Rondaan ini juga dilakukan di kawasan penempatan kampong-kampung dan taman-taman perumahan. Tiada pembakaran terbuka di kesan dan ditemui.
JAS sentiasa memohon kepada semua lapisan masyarakat dan orang awam supaya sentiasa memberi kerjasama dalam menangani isu-isu pencemaran yang tertakluk di bawah bidang kuasa Jabatan ini.