PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

PASUKAN PETUGAS TERUS BERSIAP SIAGA MEMBENTERAS  PENCEMARAN ALAM SEKITAR-JAS TERENGGANU

DOE Terengganu 30/08/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PASUKAN PETUGAS TERUS BERSIAP SIAGA MEMBENTERAS  PENCEMARAN ALAM SEKITAR-JAS TERENGGANU
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
30/08/2021
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

7 Ogos 2021, Kemaman, Terengganu- Pegawai penguatkuasa terus komited menjalankan rondaan mencegah dan memantau  pencemaran mengikut arahan bertugas Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu pada hari kedua cuti hujung minggu di negeri Terengganu. Rondaan dan pemantauan pada hari ini, telah dilakukan di Bandar Chukai, Teluk Kalong, Binjai, Pasir Gajah, Air Putih, Cheneh, Cerul, Neram, Jabor, Mak Lagam dan Geliga. Tiada kes pembakaran terbuka ditemui. Di samping itu, rondaan dan pemantauan di kawasan penempatan premis industri  didapati tiada aktiviti abnormal yang dikesan Pemeriksaan ke atas infrastruktur tanah gambut iaitu check dam di kawasan yang sering terbakar pada cuaca panas kering juga dilakukan di Kg. Mak Lagam.  Hasil pemeriksaan ini didapati ianya berkeadaan baik dan berfungsi. Kesiap siagaan ini diharap akan dapat memastikan sebarang risiko pencemaran yang tidak dijangka akan dapat dicegah dan dikawal dengan segera.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan