Penerangan
6 Ogos 2021, Kemaman, Terengganu. Hari ini, cuti hujung minggu di negeri Terengganu, pegawai penguatkuasa terus komited menjalankan rondaan mencegah pencemaran dari punca-punca yang tertakluk di bawah bidang kuasa JAS dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Rondaan ini melibatkan kawasan Bandar Chukai, Teluk Kalong, Kijal, Kemasek, Kerteh, Tanah Putih, Pengkalan Ranggong, Kg,Chabang, Air Jernih, Payoh, Seri Bandi, Padang Kubu, Air Putih, Binjai dan Mak Chili.
Hasil rondaan bagi memantau pencemaran di kawasan penempatan industri, kampung-kampung dan taman-taman perumahan, tiada sebarang aktiviti pembakaran terbuka dikesan.
Kebanyakan premis yang dipantau juga tidak beroperasi pada hari ini dan tiada aktiviti yang abnormal dikesan sepanjang .
Rondaan dan pemantauan yang berterusan ini menunjukkan kesiap siagaan pegawai penguatkuasa JAS Terengganu dalam mencegah dan mengawal pencemaran.