Penerangan
3 Ogos 2021, Kemaman, Terengganu. Hari ini, pegawai penguatkuasa telah menjalankan penguatkuasaan ke atas premis industri yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127) dan pemeriksaan pematuhan SOP di bawah Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 ( Akta 342).
Penguatkuasaan Akta 127 dan pemeriksaan pematuhan SOP di bawah Akta 342 tertumpu kepada premis industri yang berada di jajaran jalan raya utama dan jalan-jalan yang menghubungkan Kg. Besut, Kawasan Perindustrian Teluk Kalong dan Bukit Kuang.
Selain premis industri, rondaan mencegah pembakaran terbuka juga dilakukan yang melibatkan kawasan penempatan dan taman-taman perumahan.
Hasil penguatkuasaan ini, mana-mana premis yang gagal mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan di bawah peruntukan akta tersebut akan diambil tindakan undang-undang.
Hasil rondaan dan pemantauan ini juga, tiada pembakaran terbuka dikesan dan tiada keadaan yang mencurigakan ditemui.
JAS Cawangan Kemaman akan terus menjalankan menjalankan amanah dan tanggungjawab ini dalam memastikan kelestarian alam sekitar terus terpelihara.