PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

PENGUATKUASAAN AKTA 127 DAN PEMATUHAN AKTA 342 OLEH JAS CAWANGAN KEMAMAN-JAS TERENGGANU

DOE Terengganu 30/08/2021 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PENGUATKUASAAN AKTA 127 DAN PEMATUHAN AKTA 342 OLEH JAS CAWANGAN KEMAMAN-JAS TERENGGANU
Tahun
2021
Tarikh Keluaran
30/08/2021
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

2 Ogos 2021, Kemaman, Terengganu.  Hari ini,  Pegawai penguatkuasa telah menjalankan penguatkuasaan ke atas premis industri yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127) dan pemeriksaan pematuhan SOP di bawah Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit  1988 ( Akta 342). Penguatkuasaan Akta 127 dan pemeriksaan pematuhan SOP di bawah Akta 342 dilakukan di premis industri yang berada dalam kawasan Bandar Chukai, Kawasan Perindustrian Jakar 3, Kawasan Perindustrian Jakar 2, dan Gong Limau Di samping itu , rondaan operasi mencegah pembakaran terbuka juga turut dilakukan di kawasan yang melibatkan kawasan penempatan dan taman-taman perumahan di sepanjang jalan raya utama dan jalan-jalan yang menghubungkan kawasan-kawasan rondaan tersebut. Hasil rondaan dan pemantauan premis, tiada pembakaran terbuka dikesan dan tiada keadaan yang mencurigakan ditemui. JAS Cawangan Kemaman akan terus menjalankan penguatkuasaan ke atas punca-punca pencemaran yang tertakluk di bawah Akta 127 dan juga Akta 342 bagi memastikan kesejahteraan alam sekitar terus terpelihara.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan