Penerangan
11 Ogos2021- Kuala Terengganu, Terengganu. Hari ini mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Laporan EIA bagi Cadangan Projek Naiktaraf Jalan dan Jambatan di daerah Setiu, Terengganu telah diadakan di JAS Terengganu.
Mesyuarat telah dipengerusikan secara fizikal oleh YBrs. Encik Ramli bin Abd. Rahman, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu bersama Penolong Pengarah Kanan, merangkap Ketua Unit EIA , Puan Hasra Masrifah binti Wan Jusoh @ Ab.Rahim dan Penolong Pegawai Kawalan Kanan, Puan Yusnalis binti Yusoff dari Bahagian Pembangunan sebagai urusetia.
Mesyuarat ini juga turut dihadiri oleh Ketua Penolong Pengarah Pembangunan Encik Mohd Norli bin Abdullah merangkap Ketua Bahagian Pembangunan JAS Tereengganu secara virtual.
Jabatan dan Agensi yang berkaitan turut hadir secara virtual bagi memberi input mengikut bidang kuasa masing-masing dalam memastikan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) Jadual Pertama ini disediakan mengikut Seksyen 34A. Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 sebelum diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu.