Penerangan
26 Ogos 2021, Kuala Terengganu, Terengganu- Hari ini Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu telah mengadakan mock trial prosedur pendakwaan kes jenayah alam sekitar di bawah Akta Kualiti Alam sekeliling 1974 (Akta 127).
YBrs. Encik Ramli bin Abd. Rahman, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu telah sudi hadir sebagai pemerhati. Sesi mock trial ini diketuai oleh Encik Zakaria bin Ahmad @ Mohd, Timbalan Pengarah. Turut hadir adalah Ketua Penolong Pengarah Encik Mohd Norli bin Abdullah.
Sesi ini juga turut dihadiri oleh Pegawai Pendakwa, Encik Muhamad Zamil bin Yusof, dan beberapa orang pegawai kanan yang telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Tindakan Mahkamah JAS Terengganu .
Tujuan mock trial ini adalah untuk memantapkan lagi kemahiran dan kompetensi pegawai pendakwa di samping melatih pegawai pendakwa yang baru. JAS Terengganu sentiasa optimis dengan usaha-usaha berterusan dalam melahirkan pegawai-pegawai yang berintegriti dan komited dalam melaksanakan tugas dan amanah yang telah dipertanggungjawabkan.