Penerangan
22 Ogos 2021- Kuala Terengganu, Terengganu. Hari ini, YBrs Encik Ramli bin Abd. Rahman telah menghadiri Mesyuuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) Khas Terengganu (Pengurusan Pandemik) Bil. 40/2021 yang telah dipengerusikan oleh YAB Menteri Besar Terengganu.
Mesyuarat ini turut dihadiri secara virtual oleh Timbalan Pengarah, Encik Zakaria bin Ahmad @ Mohd, Ketua Penolong Pengarah Pembangunan, Encik Mohd Norli bin Abdullah dan Ketua Cawangan Kemaman, Encik Wan Azuan bin Wan Omar. Puan Shafariza binti Shamsudin, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Bahan Berbahaya JAS Ibu Pejabat dan beberapa pegawai kanan JAS Terengganu turut hadir dalam mesyuarat ini.
JAS dijemput hadir ke mesyuarat ini bagi membincangkan isu pelupusan buangan klinikal daripada Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di negeri Terengganu.