Penerangan
18 Ogos 2021- Kuala Terengganu, Terengganu. Bahagian Pembangunan ,Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu telah mengadakan sesi libat urus secara virtual bagi membincangkan tiga (3) “scoping note” bagi cadangan projek yang tertakluk di bawah Jadual 1, Perintah EIA 2015.
Sesi libat urus ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Encik Mohd Norli bin Abdullah, Ketua Penolong Pengarah merangkap Ketua Bahagian Pembangunan , JAS Terengganu.
Pada sesi ini, Juruperunding EIA yang telah dilantik oleh pihak pemaju telah membentangkan “scoping notes” bagi 2 cadangan projek di daerah Dungun dan 1 cadangan projek di daerah Marang.
“Scoping notes” ini merupakan keperluan kepada pihak pemaju dalam mengemukakan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekleiling, Jadual 1, di bawah Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan)(Penilian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 2015 untuk mendapat kelulusan dari Jabatan Alam Sekitar..